Setiap hari kena hina dari banyak negara, gara-gara ‘Dr. Omar’

Setiap hari kena hina dari banyak negara, gara-gara ‘Dr. Omar’

ZAHIRIL ADZIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Membawakan watak antagonis dalam drama ‘Aku Bukan Ustazah’ membuatkan pelakon, Zahiril Adzim menerima kecaman setiap hari di media sosial.

Zahiril yang membawakan watak suami dayus bernama ‘Dr. Omar’ tidak menyangka lakonannya mula dipandang penonton dari pelbagai negara.

“Setiap hari ada sahaja orang mesej maki-maki saya. Peti mesej saya penuh sampai tidak larat nak baca.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kecaman itu juga dapat daripada pelbagai negara termasuk Indonesia, Singapura, Brunei dan Thailand.

“Tapi apabila sudah sampai orang maki-maki, saya rasa itu tidak perlu sebabnya ini adalah satu drama yang beri pengajaran.

“Ada yang komen kata nak hantar santau kepada saya. Tapi saya rasa itu tiada apalah,” katanya.

Zahiril ditemui Utusan Malaysia di majlis sidang media sempena Hari Ulang Tahun TV3 ke-40 hari ini.

Katanya, dia tiada masalah dengan kecaman selagi tidak mengacau keluarganya.

“Cuma adalah orang komen di gambar isteri saya ‘ini isteri nombor berapa?’ Tapi mujur isteri saya memahami kerana dia pun seorang pelakon,” katanya.

Gembira drama ‘Aku Bukan Ustazah’ mencipta fenomena, Zahiril berharap penonton dapat mengambil pengajaran terutama isu membabitkan keganasan rumah tangga.

“Mungkin penonton tertarik dengan isu keganasan rumah tangga yang diketengahkan. Kami mahu sebarkan kesedaran jika ada sesiapa yang alami masalah ini jangan teragak- agak membuat laporan.

“Carilah bantuan dan pertolongan memandangkan kita ada budaya malu nak minta tolong. Jadi, kita kena pecahkan stigma itu,” katanya.

Drama ‘Aku Bukan Ustazah’ mengisahkan cerita seorang wanita berpurdah bernama Aminah yang terperangkap dalam rumah tangga yang tidak bahagia.

Turut sama menjayakan drama arahan Idora Abdul Rahman ini ialah Erysha Emira, MK K-Clique, Shaza Bae dan ramai lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini