PETALING JAYA: Malaysian Craft Council (MCC) menjadi antara badan bukan kerajaan (NGO) yang diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) bagi Warisan Kebudayaan Tidak Ketara di Paris, Perancis pada Rabu. Timbalan Presiden MCC yang juga pelakon, Arja Lee, menyifatkan pengiktirafan ini sangat penting sebagai langkah untuk membawa budaya Malaysia ke peringkat global. “Saya berpendapat, pengiktirafan ini bukan hanya mengangkat MCC sebagai badan bukan kerajaan. “Malah ia…