Senario masih berbisa, berlawak sambil nasihat - Utusan Malaysia

Senario masih berbisa, berlawak sambil nasihat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelawak dan pelakon, Yassin Yahya bersyukur kerana biarpun di pandangan segelintir pihak, kumpulan legenda, Senario sudah hilang bisanya namun mereka sebenarnya masih giat memenuhi undangan dan menerima permintaan tinggi daripada peminat.

Jelas Yassin, sambutan meriah jelas terbukti apabila kumpulan yang kini dikenali sebagai SenarioUnion itu mendapat sorakan gemuruh daripada peminat ketika membuat persembahan di sambutan Hari Belia Negara 2024 peringkat Kelantan baru-baru ini.

“Kehadiran kami dibawakan oleh syarikat wangian tempatan iaitu Yaya Empire. Ini adalah julung-julung kalinya kumpulan Senario berlima buat persembahan di pentas dengan membawa nama baru, SenarioUnion.

“Persembahan kami diiringi oleh kumpulan Kencana Band. Lima buah lagu dinyanyikan pada malam itu antaranya ialah lagu Senario, Sebelum dan Sesudah, Cari Tapak, Motor Kapchai dan Dikir Barat Siang Malam.

“Kami bukan hanya beri hiburan semata-mata, sebaliknya turut memberikan nasihat kepada golongan-golonganbelia yang hadir pada malam terbabit,” katanya.

Tambah Yassin, selain SenarioUnion, turut menghiburkan peminat ialah Issey dan Fizie dari Bro Pagi Gegar sebagai pengacara dan Che Man (Kamarool Yusoff).

“Selain itu beberapa artis Dikir Barat juga turut terbabit antaranya Adam ZBP, Den Manjo, Fadil Turbo, Ezery Layang Putih dan kumpulan Sirat Maharaja.

“Program ini turut dihadiri oleh tetamu istimewa iaitu Pengarah Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Mohd Saifuddin Zakaria dan Pengarah Urusan Syarikat Nadia Yaya Empire, Nadia Mat Isa.

“Esok, SenarioUnion akan berada di Padang Sivik, Gua Musang pula dan sekali dibawakan oleh Nadia Yaya Empire. Kami berharap agar peminat hadir beramai-ramai menonton nanti,” katanya.

Untuk info, SenarioUnion kini dianggotai Wahid, Azlee, Saiful, Mazlan Pet Pet dan Yassin,

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN