Sampai bila mahu jadi pengemis - TMJ

Sampai bila Johor mahu jadi pengemis – Tunku Ismail

TUNKU MAHKOTA ISMAIL (tengah) berswafoto dengan orang ramai pada Program Johor Youth Meet-up di Kompleks Sukan Educity, Iskandar Puteri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Johor disaran wujudkan Gabungan Bangsa Johor yang menjaga kepentingan negeri ini tanpa perlu ‘mengemis’ peruntukan daripada kerajaan Pusat.

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bertitah, gabungan itu penting bagi kerajaan negeri memperbaiki sistem dalam negeri ini demi kepentingan kehidupan generasi akan datang supaya lebih terpelihara.

“Kalau kita ada Gabungan Bangsa Johor macam parti politik di Sarawak, jika Sarawak boleh buat, kita pun boleh buat. Itu saya harap akan berubah dari segi cara pemikiran dan ada gabungan ini.

“Apa-apa hasil pendapatan, kemajuan dalam negeri, sekurang-kurangnya kita ada suara untuk memperjuangkan hak kita. Gabungan Bangsa Johor perlu dilaksanakan, kita kena jaga diri kita sendiri.

“Jika tidak ubah cara pemikiran kita, saya fikir sampai bila-bila Johor akan jadi pengemis, sampai bila-bila Johor kena minta permohonan, itu pun tengok juga kalau kita ini jadi keutamaan atau tidak,” titah baginda pada sesi podcast secara langsung sempena Program Johor Youth Meet-up di Kompleks Sukan Educity, di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan barisan Exco kerajaan negeri.

Tunku Mahkota Ismail mengakui Johor telah melalui fasa itu apabila menjadi pengemis menunggu peruntukan daripada kerajaan Pusat dan terpaksa membuat bermacam-macam permohonan.

Malah titah baginda, Sultan Johor, Sultan Ibrahim yang kini Yang di-Pertuan Agong mengeluarkan duit sendiri untuk membetulkan Wad Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Sultanah Aminah (HSA) beberapa tahun yang lalu. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN