JERANTUT: Kira-kira 2,000 penduduk Ulu Tembeling di daerah ini bimbang dengan keadaan struktur jalan raya antara Kampung Tuit, Kuala Tahan hingga ke Kampung Kuala Sat di sini berikutan berlaku banyak mendapan serta runtuhan tebing di kiri kanan laluan tersebut. Keresahan penduduk itu mempunyai asas, antaranya gangguan perjalanan berulang alik ke bandar Jerantut di samping boleh merencatkan sektor ekopelancongan di Ulu Tembeling. Walaupun ada sesetengah laluan sempurna dengan turapan tar dan…











