Rompak RM3.2j kedai emas, tujuh diambil keterangan

Rompak RM3.2j kedai emas, tujuh diambil keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis telah  merakam keterangan tujuh individu bagi membantu siasatan berhubung  kes rompakan kedai emas bernilai RM3.2 juta di sebuah pusat beli-belah di Kajang dekat sini, 17 Jun lalu. 

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, setakat ini pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut berhubung  kes tersebut. 

“Tiada tangkapan dilakukan setakat ini. Bagaimanapun, kita telah merakam percakapan tujuh saksi bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.  

Pada 17 Jun lalu, media melaporkan polis memburu empat lelaki bertopeng dan bersenjata merompak sebuah kedai emas di Kajang.

Dalam kejadian pukul 3.15 petang itu, empat orang suspek dilihat memakai baju seakan pengawal keselamatan, bertopeng dan bersarung tangan gelap.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintenden Muhamad Nasir Drahman dilaporkan berkata, mereka kemudian masuk ke premis tersebut, memecahkan cermin kaca simpanan emas menggunakan tukul besi dan mengambil emas tersebut.

Menurutnya, semasa kejadian, suspek dipercayai membawa dua pucuk pistol dan satu laras senapang ke dalam premis berkenaan.

“Suspek telah melepaskan satu das tembakan ke arah dinding premis, sebelum melarikan diri melalui tempat letak kenderaan di bawah bangunan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN