PETALING JAYA: Lima termasuk seorang remaja berusia 17 tahun ditahan kerana disyaki terbabit mempromosi aktiviti persundalan dan pelacuran di media sosial. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, semua suspek ditahan dalam serbuan di sebuah lokasi di Kajang, Selangor pada 6 Jun lalu. Menurut beliau, mereka yang ditahan membabitkan seorang wanita tempatan berusia 27 tahun yang dikenali sebagai Miza Ozawa, dua remaja warga tempatan…