NIBONG TEBAL: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat insiden pengiring individu kenamaan yang didakwa memukul Orang Kurang Upaya (OKU) pada 28 Mei lalu. Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya tidak akan mencampuri isu itu dan menyerahkan sepenuhnya kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain untuk tindakan lanjut. “Oh, yang itu (isu pukul). Kena IGP (Ketua Polis Negara) kot (beri komen). Saya tak campur…











