Polis di seluruh negara kena pantau aktiviti radikal, pelampau agama - KPN

Polis di seluruh negara kena pantau aktiviti radikal, pelampau agama – KPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Semua warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) diingatkan melakukan pemantauan secara menyeluruh terhadap sebarang aktiviti oleh individu, kumpulan radikal atau pelampau agama di seluruh negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, kepimpinan tertinggi perlu memastikan setiap Ibu pejabat Polis Daerah (IPD), kontinjen, balai untuk bersiap-siaga dan melaksanakan penugasan dengan cepat dan tepat.

“Semua warga polis  perlu mengamalkan nilai integriti yang tinggi di  lapangan. Selain menghindari rasuah dan salah guna kuasa.

“Menjalankan pemantauan secara holistik ke atas sebarang aktiviti oleh individu mahupun kumpulan radikal atau pelampau agama dan lain-lain,”kata beliau ketika menyampaikan amanat pada Perhimpunan Bulanan KPN Bulan Jun 2024 anjuran Jabatan Logistik dan Teknologi.

Dalam pada itu, Razarudin turut menggesa warga PDRM untuk lebih berhemah dalam mengeluarkan kenyataan atau komen negatif yang menyentuh sensitiviti kaum, agama dan institusi diraja di media sosial.

Menurut beliau, semua anggota dan pegawai polis perlu memastikan kepatuhan peraturan dan arahan di tahap tinggi dan meletakkan keselamatan negara dan ketenteraman awam sebagai matlamat utama.

“Pada hari ini, saya berbesar hati untuk menyampaikan sijil penghargaan kepada 18 orang pegawai polis dan pegawai awam dari semua jabatan yang telah menunjukkan prestasi perkhidmatan yang cemerlang dan semoga diteruskan pada masa akan datang,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN