DUNGUN: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) berjaya menyelamatkan seekor tapir jantan yang terjatuh ke dalam lubang dipenuhi lumpur di sebuah ladang sawit, di Rantau Abang, dekat sini, semalam. Pengarah Perhilitan Terengganu, Loo Kean Seong berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian tapir terjatuh lubang yang digali pekebun bagi kerja-kerja meracun dan membaja tanaman itu daripada anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia kira-kira pukul 6.30 petang. “Kita dapati, hampir separuh…