Penyewa ugut bunuh kerana rumah dikunci ditahan

Penyewa ugut bunuh kerana rumah dikunci ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMPANG: Seorang lelaki sanggup bertindak agresif dengan mengugut mahu memukul dan membunuh ejen kediaman disewanya kerana berang rumahnya di sebuah kondominium di Ampang Ukay di sini dikunci.

Dalam kejadian  pukul 5 petang, pihak pengurusan kondominium berkenaan telah menghubungi ejen rumah itu memaklumkan penyewanya datang dan ingin masuk ke rumah.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, penyewa itu kemudian mula bertindak agresif dan mengacah untuk menampar serta mengugut mahu memukul dan membunuhnya.

“Penyewa iaitu seorang lelaki berusia 35 tahun telah menuduh ejen terbabit mengunci rumah itu.

“Akibat daripada itu, bagi mengelakkan keadaan yang lebih teruk, ejen rumah itu bergegas beredar dari tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata beliau, bertindak hasil maklumat, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya telah menahan lelaki berkenaan  kira-kira pukul 2 pagi tadi di Ampang.

Kata  beliau, motif ugutan disebabkan lelaki berkenaan tidak berpuas hati kerana pintu rumah disewanya telah dikunci dan dia  tidak dapat masuk ke dalam rumah.

“Suspek yang mempunyai satu rekod jenayah lampau telah direman empat hari sehingga Isnin untuk siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” jelasnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN