Penghijrahan pakar rencat transformasi berteknologi tinggi

Penghijrahan pakar rencat transformasi berteknologi tinggi

Penghijrahan pakar rencat transformasi berteknologi tinggi-GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Brain drain atau penghijrahan bakat dan pakar tempatan ke luar negara merupakan fenomena yang melibatkan individu berkemahiran bagi mencari peluang pekerjaan yang lebih baik atau untuk meningkatkan taraf kehidupan.

Pada 2023, Kementerian Sumber Manusia melaporkan bahawa kadar brain drain di Malaysia adalah sebanyak 5.5 peratus daripada jumlah penduduk; lebih tinggi daripada purata global iaitu 3.3 peratus.

Seramai 1.86 juta rakyat Malaysia menetap di luar negara dan 1.13 juta (enam peratus) daripadanya berada di Singapura.

Berdasarkan kajian Bank Dunia (2022), penghijrahan rakyat Malaysia meliputi beberapa negara seluruh dunia dan, lima negara tertinggi menjadi pilihan rakyat Malaysia adalah Australia, Kanada, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Singapura.

Kebanyakan rakyat Malaysia yang menetap di Australia dan Amerika Syarikat merupakan golongan berpendapatan tinggi, menyebabkan mereka tidak terdorong untuk pulang ke Malaysia.

Ketiadaan mahu pun kekurangan peluang pekerjaan bagi bakat-bakat tempatan yang bertaraf dunia ini menyebabkan mereka enggan pulang ke tanah air.

Tarikan Singapura pula lebih kepada ketersediaan sektor ekonomi dan penyelidikan mereka serta pendapatan yang lebih baik dan kedudukan geografi yang tidak jauh daripada Malaysia.

Persoalannya, adakah kita mempunyai ekosistem yang kukuh untuk menyokong perkembangan dan mengekalkan bakat di Malaysia?

Pembangunan

Bagi menjamin pembangunan negara yang mampan ke arah negara berteknologi tinggi, Malaysia perlu menghasilkan dan menarik semula minat bakat-bakat berkemahiran tinggi untuk berkhidmat di Malaysia. Berdasarkan laporan SME Corp sebanyak 97 peratus daripada 1,429,397 perusahaan tempatan bersifat mikro, kecil dan sederhana maka keupayaan untuk menerima pakai dan membangunkan produk dan perkhidmatan berteraskan teknologi tempatan adalah sangat rendah.

Menurut laporan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) pula hanya 22.8 peratus syarikat Malaysia menghasilkan inovasi. Justeru ekosistem di Malaysia masih tidak dapat mewujudkan jumlah pekerjaan berkemahiran tinggi yang cukup.

Sebaliknya, Malaysia mempunyai lebih banyak kekosongan pekerjaan berkemahiran rendah dan sederhana yang ditawarkan.

Ketidaksepadanan penawaran dan permintaan pekerjaan baik dari segi kelulusan dan bidang yang dipelajari disebabkan oleh ketidaksediaan sektor industri atau bidang tersebut. Hal ini menyebabkan kebanyakan bakat ada pekerjaan tetapi tidak dapat mengguna pakai kemahiran dan ilmu pengetahuan yang dipelajari.

Ekosistem syarikat pemula di Malaysia pula tidak cukup matang lagi. Pada tahun 2021,

Malaysia dianggarkan mempunyai sekitar 4,718 syarikat pemula, di mana hanya 17.57 peratus sahaja yang menggunakan deep tech seperti kecerdasan buatan, bahan termaju, rantaian blok dan lain lain.

Hal ini kerana kebanyakan syarikat pemula tidak mempunyai keupayaan untuk mengguna pakai dan membangunkan teknologi bagi memajukan perusahaan masing-masing.

Dalam pada itu, gaji yang ditawarkan juga tidak kompetetif untuk graduan baharu mahu pun untuk menarik semula bakat yang sudah sedia ada di luar negara Apa yang diperlukan oleh Malaysia adalah sebuah anjakan paradigma bagi mengukuhkan ekosistem sains, teknologi, inovasi dan ekonomi (STIE) negara.

Sekiranya ekosistem negara tidak bersedia untuk menyokong pembangunan nasional ke arah negara maju, mungkin apa yang berlaku dalam sektor bioteknologi pada sekitar tahun 2000 akan berulang.

Bioteknologi

Pada ketika itu, kerajaan Malaysia mula membangunkan sektor bioteknologi sebagai sektor pertumbuhan ekonomi baharu dan dalam usaha itu, kerajaan telah menghasilkan bakat-bakat dan graduan baharu bidang berkenaan.

Malangnya, lambakan graduan tidak dapat mencari peluang pekerjaan yang sesuai dan akhirnya terpaksa mencari pekerjaan di luar bidang mereka. Hal ini berlaku kerana ekosistem kita tidak sedia pada waktu itu.

Sekiranya ekosistem STIE kita sendiri tidak cukup kukuh dan membantutkan pertumbuhan bakat, bagaimanakah bakat-bakat ingin berkembang di tanah air sendiri?

Antara hala tuju untuk dipertimbangkan adalah memperkasa sektor industri berteknologi tinggi, syarikat pemula merupakan salah satu pendekatan terbaik dalam mentransformasikan industri kita ke arah berteknologi

tinggi. Salah satu pendekatan kerajaan melalui MOSTI adalah dengan melancarkan Malaysia Startup Ecosystem Roadmap (SUPER) 2021-2030. Implementasi pelan hala tuju ini amat penting agar kita boleh memperkasakan syarikat berteknologi tinggi yang memerlukan bakat berkemahiran tinggi

Bagi menarik minat usahawan berteknologi tinggi terutamanya generasi muda, perlu ada ekosistem yang stabil yang tidak merisikokan kesejahteraan hidup mereka dan keluarga agar menjadi daya tarikan untuk mereka menceburi bidang yang berisiko tinggi ini.

Kerajaan hendaklah menggunakan produk dan perkhidmatan tempatan dan pribumi yang diperakui melalui inisiatif MySTI yang telah dilancarkan pada 27 Jun 2023.

Produk dan perkhidmatan tempatan yang memperolehi logo dan sijil MySTI akan diberikan keutamaan dalam perolehan kerajaan) Dengan cara ini, ia memberi keyakinan kepada pengguna dan membuka pasaran yang lebih luas di peringkat nasional dan antarabangsa.

Bagi jangka masa pendek dan sederhana, kita boleh memudah cara pemindahan teknologi dan ilmu pengetahuan di antara bakat negara di luar dan dalam negara melalui platform atau aplikasi yang bersesuaian untuk menghubungkan jaringan diaspora.

Untuk jangka masa panjang, Malaysia perlu flip the pyramid bakat dalam mendepani era berteknologi tinggi dengan mengubah lanskap dan meningkatkan peratusan bakat berkemahiran tinggi sebagai asas utama sektor tenaga kerja. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya