Pengguna SPE tak perlu risau, hanya kesan hitam

Pengguna SPE tak perlu risau, hanya kesan hitam

ALEXANDER Nanta Linggi menunjukkan kesan hitam di struktur Lebuhraya Setiawangsa Pantai Expressway (SPE) ketika tinjauannya di Jalan Cheras, Kuala Lumpur, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Gambar tular memaparkan Lebuhraya Setiawangsa Pantai Expressway (SPE) berhampiran Jalan Cheras disyaki retak besar hanya kesan hitam di atas permukaan konkrit

Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi berkata, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan pihak konsesi telah memeriksa keadaan lebuh raya tersebut dan mendapati ia selamat digunakan.

“Kita mendapati ia hanya kesan hitam di atas permukaan konkrit crosshead. Saya bersama pakar, LLM beserta pihak konsesi sudah membuat tinjauan dan diberi penerangan mengenai perkara berkenaan dan mendapati tiada keretakan.

“Pakar-pakar mengesahkan ia selamat digunakan dan pengguna tidak perlu risau,” katanya dalam tinjauan di Lebuhraya SPE di Jalan Cheras Kuala Lumpur, semalam.

Sementara itu, Pengarah LLM, Datuk Sazali Harun berkata, bagaimanapun mereka akan sentiasa memantau keadaan lebuh raya itu dalam masa sebulan.

“Jurutera profesional akan mengesan sebarang pergerakan menggunakan alat pengesan keretakan.

“Setiap sehari atau dua hari mereka akan menghantar laporan kepada LLM dan lihat sama ada perlukan tindakan lanjut atau sebaliknya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×