Pengawal keselamatan dakwa rugi RM3.5j ditipu peguam

Pengawal keselamatan dakwa rugi RM3.5j ditipu peguam

Ramli Mohamed Yoosuf
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang pengawal keselamatan mendakwa rugi RM3.5 juta selepas dua tanah lot yang dijualnya tidak `mendatangkan’ hasil kerana disyaki ditipu peguam dilantiknya.

Mangsa berusia 63 tahun dan tinggal di Ampang, Selangor telah membuat laporan polis pada Khamis lalu selepas mendakwa ditipu peguam berkenaan manakala tanah miliknya juga sudah dipindah milik.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, mangsa memaklumkan dia telah  menandatangani perjanjian jual beli untuk menjual dua tanah lot miliknya kepada sebuah syarikat dengan nilai RM3.5 juta pada 25 Oktober 2022.

“Perjanjian tersebut telah disaksikan oleh seorang peguam daripada  firma guaman yang telah dilantik  untuk mewakili mangsa. 

“Mangsa kemudian telah selesai melakukan urusan cap jari di Pejabat Tanah Petaling bersama peguam yang dilantik pada 15 Mac tahun lalu.

“Urusan penjualan tanah tersebut selesai pada hari  sama namun sehingga kini mangsa mendakwa  tidak menerima  wang hasil penjualan tanah tersebut,” katanya dalam sidang akhbar di Menara KPJ di sini hari ini.

Menurut beliau, polis sedang menyiasat  kes penipuan atau  pecah amanah membabitkan peguam yang mungkin membabitkan segelintir kalangan mereka  namun nilai kerugian yang direkodkan bagi setiap kes adalah besar. 

“Pihak polis memandang serius isu ini dan usaha yang sewajarnya perlu diambil bagi mengekang kes-kes sebegini daripada  terus berlaku. 

“Majlis Peguam Malaysia juga  digesa untuk turut senada dalam hal ini dan melaksanakan peranannya demi menjaga imej dan nama baik profession peguam,” kata beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×