KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan akan memfailkan bantahan terhadap permohonan semakan kehakiman yang difailkan oleh bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, keluarga dan 18 syarikatnya berhubung pembekuan akaun bank milik mereka. Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan yang mewakili responden memaklumkan perkara itu ketika sebutan permohonan tersebut di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh di sini, hari ini. “Kami akan mengemukakan bantahan. Kami akan berbincang hari ini dan…









