Pemotong rumput maut dihempap pokok

Pemotong rumput maut dihempap pokok

MANGSA maut dihempap pokok semasa memotong rumput berhampiran kawasan sekolah di Tebobon, Kota Kinabalu hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Seorang lelaki maut dihempap pokok ketika sedang menjalankan kerja-kerja memotong rumput berhampiran kawasan sekolah di Tebobon, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi, lelaki berusia 35 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden mangsa dihempap pokok tumbang itu pada pukul 9.08 pagi berhampiran kawasan sekolah di Tebobon.

Sepasukan 11 pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak pada jarak 11 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu.

Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, didapati seorang mangsa yang merupakan pemotong rumput dihempap dan tersepit di bawah pokok berkenaan.

“Mangsa dihempap pokok dan tersepit semasa menjalankan aktiviti memotong rumput di lokasi kejadian.

“Pasukan Bomba bertindak memotong dahan-dahan pokok tersebut menggunakan gergaji berantai dan dialihkan ke tempat lain dan mangsa berjaya dikeluarkan,” katanya.

Menurut beliau, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN