Pembangkang protes keluar dewan demi Wan Saiful

Pembangkang protes keluar dewan demi Wan Saiful

RONALD KIANDEE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Baru hari pertama mesyuarat Dewan Rakyat hari ini, ahli-ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar Dewan sebagai protes terhadap Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

Keputusan pembangkang itu dibuat selepas Johari meluluskan usul untuk merujuk Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saifulruddin Wan Jan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen

Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, perkara tersebut merupakan prejudis yang tidak boleh dikendalikan oleh jawatankuasa yang dibentuk oleh Parlimen.

“Kalau usul ini dibuat di bawah Peraturan 36(12), jawatankuasa yang dibentuk itu adalah jawatankuasa illegal (dan) bercanggah dengan peraturan mesyuarat.

“Kita tidak boleh simply rujuk seseorang pergi ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen hanya kerana kamu ada majoriti,” katanya.

Usul tersebut dibaca oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.

Terdahulu, media melaporkan, kerajaan mahu Wan Saifulruddin dirujukkan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana membuat kenyataan berkait kes mahkamah dihadapinya ketika bersidang pada Februari dan Mac lalu.

Usul terbabit berkait kenyataan pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu pada 28 Februari serta 21 Mac lalu, antara lain bahawa pertuduhan kes mahkamah yang dikenakan terhadapnya boleh dibatal dan digugurkan.

“Dewan memandang serius kenyataan Ahli Parlimen Tasek Gelugor di mana secara tersirat sudah mendakwa bahawa ada individu yang konon bertindak bagi kerajaan, boleh memanipulasi untuk membatal atau menggugur pertuduhan kes mahkamah terhadap Ahli Parlimen Tasek Gelugor.

“Perbuatan ini menunjukkan Ahli Parlimen Tasek Gelugor menyebut perkara yang sedang dalam timbangan mahkamah, dan boleh dianggap merosakkan kepentingan pihak-pihak yang berbicara dalam kes berkenaan,” menurut usul tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN