Orang nampak saya kuat, tetapi saya juga manusia biasa - Rita Rudaini - Utusan Malaysia

Orang nampak saya kuat, tetapi saya juga manusia biasa – Rita Rudaini

RITA Rudaini mengakui kos perbelanjaan anak-anaknya bertambah apabila mereka meningkat dewasa. - FOTO/FAUZI BAHARUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Orang nampak saya kuat tapi saya juga manusia biasa.”

Demikian luahan pelakon, Rita Rudaini yang sentiasa dilihat kuat dan tegar menghadapi apa juga ujian dalam hidupnya.

Jelas Rita, dia juga seperti manusia biasa lain yang tahu erti penat dan lelah malah, akan menangis melepaskan gundah walaupun tiada siapa yang tahu.

“Ada masa saya lemah. Bila saya penat bekerja, penat dengan ujian hidup saya akan mengimbas kembali kesusahan saya.

“Ketika itulah perasaan terlalu letih hadir dan saya akan menangis tapi senyap-senyap. Tiada siapa yang tahu bila saya menangis, anak-anak pun tak tahu,” ujarnya.

Rita berkata demikian dalam satu temubual baru-baru ini.

Tambah ibu kepada dua anak itu, memangis merupakan salah satu cara untuk melepaskan kesakitan, kepenatan yang dialami tetapi biar dia dan Tuhan sahaja tahu situasi tersebut.

“Menangis adalah salah satu cara saya lepaskan segala kepenatan. Kadang-kadang saya kena menangis juga.

“Saya ini susah menangis, tapi ada kala perlu juga untuk saya lepaskan. Kalau tidak sesuatu, saya suka simpan dalam hati sahaja.

“Kadang-kadang sampai satu masa benda-benda kecil pun saya boleh marah, sebab saya banyak memendam rasa,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN