BUKIT MERTAJAM : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang telah mengeluarkan 20 notis bertulis susulan pemeriksaan terhadap 42 premis menerusi pelaksanaan Ops Kesan 2.0 sehingga 15 Jun lalu. Pengarahnya, S. Jegan berkata, operasi penguatkuasaan itu dibuat bertujuan memastikan tiada elemen pencatutan terhadap harga barang dan perkhidmatan dengan menggunakan alasan pelarasan harga runcit diesel di semua stesen minyak. Beliau berkata, dalam hal ini, pihaknya bersedia mengambil…