KUALA TERENGGANU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengeluarkan 28 notis kepada syarikat pengangkutan di negeri ini melalui Op Kesan 2.0 sejak 8 Jun lalu. Pengarah KPDN Terengganu, Saharuddin Mohd. Kia berkata, notis itu dikeluarkan bagi memastikan peningkatan harga dan caj yang berlaku mematuhi Peraturan-Peraturan Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011. Beliau berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 12 notis pengesahan maklumat harga yang dikeluarkan tidak menunjukkan unsur kenaikan…