KAJANG : Bekas Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner, Naazron Abdul Yusof secara rasminya menjawat jawatan Ketua Polis Daerah (KPD) Kajang bermula hari ini. Pelantikan Naazron bagi menggantikan Senior Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, yang kini menjawat jawatan Ketua Jabatan Pengurusan, Polis Kontinjen Selangor. Majlis Serah Terima Tugas, Jawatan Ketua Polis Daerah Kajang, disaksikan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah…

 
								 
											









