BANGI: Seorang wanita hamil enam bulan mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi di sini hari ini atas pertuduhan mencari pelanggan untuk aktiviti pelacuran menerusi aplikasi media sosial menggunakan nama ‘Miza Ozawa’. Siti Amiza Baharuddin, 27, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurdiyanah Mohd. Nawawi. Bagaimanapun mahkamah menetapkan 24 Jun ini bagi fakta kes dan menjatuhkan hukuman terhadapnya. Mengikut pertuduhan pilihan, Siti Amiza didakwa mencari langganan…