KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa (MHO) menggesa polis menyiasat dan segera mengambil tindakan ke atas semua individu terbabit dengan skim pelaburan mata wang kripto Gigamax. Setiausaha Agungnya, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, siasatan juga harus dilakukan ke atas sebuah pertubuhan berdaftar yang didakwa mempromosi pelaburan tersebut sehingga menyebabkan 99 mangsa membuat aduan kepada MHO mendakwa mengalami kerugian RM4.8 juta. Menurut beliau, semua mangsa kini tertekan berikutan nasib mereka diibaratkan seperti…