NIBONG TEBAL : Usaha anggota Jemaah Menteri dan ahli politik turun ke lapangan khususnya ke Sungai Bakap ketika ini bukan untuk menabur ‘gula-gula’ sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu tidak lama lagi. Sebaliknya, jurucakap Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil berkata, ia bertujuan membantu menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh penduduk setempat sahaja. Menurut Fahmi, tindakan itu juga sejajar dengan arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahukan setiap menteri cakna…