ALOR GAJAH: Impian sebuah keluarga untuk memiliki rumah sendiri sejak 15 tahun lalu akhirnya tercapai menerusi Projek Penempatan Semula Nelayan di Perkampungan Nelayan Mukim Kuala Sungai Baru Ilir di sini. Bagi Muhamad Zaidi A. Raman, 42, dia bersyukur dapat memiliki kediaman berkembar dengan tiga bilik tidur berharga RM45,000 sebuah. Menurutnya, sebelum ini dia sudah beberapa kali memohon pembelian rumah namun tidak berjaya kerana tidak memenuhi syarat kelayakan pinjaman bank. “Sekarang…










