Malaysia perlu FDI berkualiti

Malaysia perlu FDI berkualiti

LIEW Chin Tong (kiri) ketika menyampaikan ucapan sempena Invest ASEAN 2024 di Setia SPICE Convention Centre, Pulau Pinang
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Malaysia memerlukan pelaburan langsung asing (FDI) yang berkualiti bagi membina ekosistem yang lebih kukuh untuk menarik lebih ramai pelabur ke negara ini.

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong berkata, hal ini demikian kerana, pelabur pada masa kini sangat mengambil berat tentang daya tahan rantaian bekalan.

“Jadi, untuk berkembang ke tahap yang lebih tinggi, kita memerlukan FDI yang berkualiti dan kita perlu membina ekosistem yang lebih kukuh selain meningkatkan semangat keusahawanan serta semangat dalam teknologi.

“Untuk itu, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri di bawah pimpinan Menterinya, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dan kerajaan ingin membina masa depan yang lebih baik untuk negara kita melalui teknologi yang semakin berkembang, dan kemakmuran berasaskan teknologi,” katanya dalam ucapan sempena Invest ASEAN 2024 di Setia SPICE Convention Centre, di sini hari ini.

Menurut Chin Tong, selama bertahun-tahun, Pulau Pinang dan Kulim di Kedah menonjol sebagai magnet yang menarik pengeluar semikonduktor global melalui tiga faktor.

“Faktor pertama ialah, kedua-dua negeri (Pulau Pinang dan Kedah) dapat menarik pelaburan FDI yang berkualiti dan keduanya, terdapat ekosistem yang sangat kukuh yang membantu membina rantaian bekalan yang berdaya tahan.

“Selain itu, suasana domestik di Pulau Pinang yang menarik pelaburan kerana mempunyai semangat dalam bidang keusahawanan yang tinggi,” ujar beliau.

Tambah Chin Tong, pengalaman Pulau Pinang dan Kulim yang dapat menarik pelabur akan membimbing semua pihak untuk terus maju di masa depan.

Dalam pada itu, katanya, dalam landskap global, ASEAN sebagai rantau tidak bersekutu amat penting kepada dunia untuk mengekalkan kedudukan bagi aliran perdagangan kepada rakyat.

“Dalam kalangan negara ASEAN, kita tidak sepatutnya melihat satu sama lain sebagai pesaing. Sebaliknya, kita perlu saling melengkapi untuk mewujudkan rantaian bekalan ASEAN yang kukuh dan berdaya tahan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN