KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yakin hubungan dengan China berada pada tahap terbaik dan kedua-dua negara bersedia untuk meningkatkan lagi kerjasama demi mencapai kemajuan dan kemakmuran bersama. Katanya, hubungan sejarah antara China dan Malaysia sejak abad ke-15 telah dipupuk apabila kedua-dua negara secara aktif bertukar-tukar lawatan peringkat tinggi dan terus menjalinkan kerjasama dalam pelbagai bidang untuk faedah bersama seperti ekonomi, pendidikan, pelancongan, teknologi, pertanian…