Lelaki ugut adik guna pisau potong daging ditahan - Utusan Malaysia

Lelaki ugut adik guna pisau potong daging ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GERIK: Polis menahan seorang lelaki selepas disyaki mengugut adiknya menggunakan sebilah pisau pemotong daging di kediaman keluarga mereka di Felda Bersia, di sini hari ini.

Suspek berusia 54 tahun itu ditangkap berikutan laporan polis yang dibuat adik lelakinya pada pukul 12.36 tengah malam tadi.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, kejadian berlaku semalam, sekitar pukul 10.20 malam apabila berlaku perselisihan faham antara suspek dan adiknya berusia 47 tahun.

Katanya, suspek dikatakan mengugut adiknya dengan sebilah pisau pemotong daging kerana tidak berpuas hati apabila ditegur lelaki itu mengenai tindakannya mencampuri urusan keluarga pengadu.

“Suspek yang masih tidak berpuas hati telah mengajak pengadu bergaduh sambil mengacukan pisau yang sama untuk kali kedua.

“Bertindak atas maklumat, tangkapan dibuat ke atas suspek dan lelaki itu kini direman selama tiga hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan sebaik sahaja siasatan lengkap, kertas siasatan akan dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya,” ujar beliau. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×