KOTA TINGGI: Niat baik seorang lelaki yang mahu menolong sebuah kereta terbabas di Kilometer 18.8 Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi di sini bertukar tragedi apabila maut dilanggar kenderaan lain ketika sedang memberi bantuan. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada pukul 5.20 petang semalam melibatkan Perodua Axia dan sebuah Mitsubishi Triton dengan seorang pejalan kaki yang merupakan pemandu Toyota Hilux. Menurutnya pada awalnya, Perodua Axia yang dipandu oleh lelaki warga tempatan berumur 33 tahun dalam perjalanan dari arah Sungai Rengit menghala ke arah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya