KAJANG: Akibat diselubungi perasaan marah ekoran kematian ahli keluarga di Palestin, seorang lelaki bertindak menampal pelekat bendera Israel di sebuah restoran makanan segera, bulan lalu. Tariq Hazim Mohd Yusri, 25, kemudian didakwa di Mahkamah Majisret di sini hari ini dan mengaku bersalah atas pertuduhan meletakkan pelekat bendera Israel di situ dan didenda maksimum RM100. Majistret Nurul Hafzan Ab. Aziz turut memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara sehari sekiranya gagal membayar denda. Semasa prosiding, mahkamah menasihatkan tertuduh berfikir dahulu sebelum bertindak kerana perbuatan itu tidak akan menjadikan keadaan lebih baik. Mengikut…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya