Lelaki Bangladesh maut dirempuh ERL ketika melintas 

Lelaki Bangladesh maut dirempuh ERL ketika melintas 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang lelaki Bangladesh maut dipercayai dirempuh tren Express Rail Link Sdn. Bhd. (ERL) ketika melintas landasan KLIA Express di Kilometer (km) 12.45, berhampiran Taman SP5, Taman Serdang Perdana dekat sini, semalam.

Kejadian pada 6.30 petang berlaku apabila mangsa berusia 42 tahun melintas landasan berkenaan, dipercayai untuk ke rumah kawannya.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner AA Anbalagan berkata, polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada 8.45 malam daripada penyelia pasukan pengawal keselamatan KLIA Express memaklumkan berhubung kemalangan di landasan ERL.

“Hasil siasatan awal didapati mangsa menceroboh kawasan berpagar dan masuk ke landasan kereta api KLIA Express untuk melintas ke Jalan Serdang Perdana 5, Seri Kembangan.

“Semasa mangsa melintas landasan berkenaan mangsa dilanggar oleh tren ERL dan disahkan meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) jelas kelihatan mangsa cuba melintas landasan itu sebelum dia dilanggar.

Anbalagan berkata, mayat mangsa ditemukan di dalam longkang sedalam lima meter berhampiran lokasi kejadian.

Katanya, semakan mendapati mangsa bekerja sebagai kontraktor di Johor dan masuk ke Malaysia, pada 2020.

“Tujuan sebenar mangsa melintas di landasan berkenaan masih dalam siasatan namun dipercayai untuk melawat kawannya berdasarkan rakaman percakapan beberapa rakannya.

“Setakat ini, tiada unsur jenayah ditemukan dalam kejadian ini dan mayat dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN