Legasi Karpal perlu diteruskan - Anwar

Legasi Karpal perlu diteruskan – Anwar

ANWAR Ibrahim ketika hadir pada Majlis Memperingati Karpal di The Top, Komtar, Pulau Pinang, hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tokoh politik iaitu mendiang Datuk Seri Karpal Singh akan menjadi individu yang paling lantang bersuara andai wujud sebarang masalah dalam usaha mempertahankan keadilan serta hak rakyat di negara ini.

Justeru, Perdana Menteri berkata, segala dedikasi, prinsip serta legasi bekas pemimpin DAP itu harus diteruskan.

“Bagi saya, beliau (Karpal) ialah individu yang mempunyai watak yang luar biasa,” katanya ketika berucap sempena Majlis Memperingati Karpal di The Top, Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, prinsip yang ditekankan oleh pemimpin yang sinonim dengan gelaran ‘Harimau Jelutong’ itu juga perlu diberi kesinambungan pada masa hadapan.

Hal ini demikian katanya, ia bagi memastikan negara berupaya mengekalkan prinsip demokrasi selain mampu memperjuangkan hak setiap rakyat tanpa mengira latar belakang.

“Kewajipan kita ialah untuk memperjuangkan keadilan serta menyelamatkan Malaysia. Insya-Allah…kita akan terus lakukan. Tentangan kita pada masa ini pula ialah mereka yang rasis serta pentaksub agama secara salah. Kita juga mahu komited memastikan kita mahu menghentikan budaya rasuah.

“Jadi, apabila saya menjadi Perdana Menteri, sangkaan saya usaha itu adalah mudah. Tapi, kita hakikatnya menyedari bahawa individu yang kita tentang itu mempunyai kuasa, sumber yang banyak dan pengaruhnya,” katanya.

Karpal yang meninggal dunia pada usia 74 tahun akibat kemalangan jalan raya 10 tahun yang lalu pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Jelutong dari tahun 1978 hingga 1990 dan Bukit Gelugor dari tahun 2004 hingga 2014.

Beliau juga merupakan Pengerusi Kebangsaan DAP yang ketiga sejak 2004 sehingga meninggal dunia.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN