`Lebuh raya hampir siap tapi lantik sub kontraktor lain dengan bayaran  tinggi’ 

`Lebuh raya hampir siap tapi lantik sub kontraktor lain dengan bayaran  tinggi’ 

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Siasatan awal Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membabitkan rasuah pembinaan dua projek lebuh raya di Lembah Klang bernilai RM1.6 bilion mendapati sub kontraktor tertentu dengan bayaran tinggi terus dilantik walaupun semua kerja hampir disiapkan.

Satu sumber mendedahkan kepada Utusan Malaysia, projek membabitkan dua lebuh raya bertingkat di Lembah Klang itu telah disiapkan pada tahun lalu.

Bagaimanapun, kata sumber itu, terdapat lantikan sub kontraktor lain dengan bayaran perbelanjaan yang tinggi sedangkan kerja sudah hampir disiapkan kontraktor utama.

Sumber itu berkata, sebanyak 206 akaun milik individu dan syarikat bernilai keseluruhan lebih RM87.96 juta  dibekukan SPRM bagi siasatan susulan penahanan sembilan individu termasuk seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat konsesi lebuh raya.

“Sebanyak 144 akaun adalah milik individu manakala 62 lagi akaun membabitkan syarikat yang dibekukan SPRM,” katanya di sini. 

Kata sumber itu, SPRM masih menyiasat wang rasuah yang diterima setiap pegawai kanan konsesi lebuh raya daripada syarikat-syarikat yang  terlibat.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkam akaun milik individu dan syarikat dibekukan SPRM selepas sembilan individu termasuk seorang CEO syarikat konsesi lebuh raya bersama dua pengurusan tertinggi syarikat  itu direman Selasa lalu.

Tangkapan tersebut bagi menyiasat dakwaan  rasuah RM1bilion  kerja-kerja menyiapkan satu pakej  projek lebuh raya di Lembah Klang itu melibatkan seorang pengurus projek.

Utusan Malaysia melaporkan, bayaran rasuah itu dibuat beberapa syarikat sejak 2021.

Penahanan individu kesembilan melibatkan kes itu dilakukan pada pukul 7 malam kelmarin selepas suspek disyaki meminta dan menerima rasuah daripada beberapa syarikat sebagai balasan kerana melantik mereka untuk mengambil alih kerja-kerja menyiapkan lebuh raya berkenaan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN