PETALING JAYA: Pelaksanaan insurans perubatan perlu menjadi antara pertimbangan dalam pelan Reformasi Pembiayaan Penjagaan Kesihatan bagi mengukuhkan penjagaan sektor kesihatan awam. Bekas Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Lee Boon Chye berkata, usaha itu dapat membantu rakyat negara ini terutamanya golongan B40 dalam mendapatkan perkhidmatan kesihatan awam. Namun, katanya, mekanisme pelaksanaan inisiatif itu memerlukan perincian dan kajian yang lebih mendalam sebelum dilaksanakan. “Dengan insuran perubatan mungkin kita boleh memberi subsidi premium…











