PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 17 orang termasuk 11 pegawai kastam bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan kontena ‘terbang’. Selain itu, turut ditahan seramai enam orang pengarah dan pekerja syarikat termasuk seorang runner dan kekasihnya dalam kes berkenaan sehingga berlaku ketirisan dianggarkan berjumlah RM3.5 billion di Pelabuhan Klang baru-baru ini. Menurut sumber, hasil siasatan setakat ini SPRM berjaya merampas wang tunai sejumlah RM4.4 juta dipercayai diperoleh secara rasuah…











