Kertas siasatan isu apartheid ke Peguam Negara

Kertas siasatan isu apartheid ke Peguam Negara

Tan Sri Razarudin Husain
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kertas siasatan berhubung penulisan kolumnis, Andrew Sia yang mendakwa Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengamalkan sistem ‘apartheid’ dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) semalam. 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya telah selesai mengambil keterangan Andrew Sia.

“Kertas siasatan telah dilengkapkan dan dirujuk kepada pejabat AGC pada 4 Jun. Kita masih menunggu arahan lanjut berkaitan kes itu,” katanya ketika dihubungi hari ini. 

Jumaat lalu, Razarudin dilaporkan berkata, sebanyak 63 laporan polis diterima polis selain  merakam percakapan 65 individu bagi membantu siasatan kes dakwaan UiTM mengamalkan sistem apartheid. 

Beliau dilaporkan berkata, ia membabitkan 63 individu yang membuat laporan polis di seluruh kontinjen serta dua individu daripada portal berita tempatan. 

Pada 24 Mei lalu, polis mengesahkan membuka siasatan terhadap Andrew Sia.

Ia susulan laporan pertama dibuat oleh ketua penerangan sebuah parti politik berusia 37 tahun di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Lelaki terbabit menyedari artikel bertajuk Our Apartheid Academy, UiTM yang dimuat naik di sebuah portal ketika berada di sebuah hotel.

Individu bernama Andrew Sia memberi komen berkenaan protes oleh pelajar bumiputera ke atas beberapa pelajar bukan bumiputera yang diterima masuk bagi jurusan cardiothoracic surgery di UiTM.

Semakan mendapati artikel itu dimuat naik pada 22 Mei lalu di laman portal berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1988.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN