Keputusan mahkamah bukti pindaan Perlembagaan Bersatu teratur - Hamzah

Keputusan mahkamah bukti pindaan Perlembagaan Bersatu teratur – Hamzah

HAMZAH ZAINUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) menafikan tuduhan kononnya berlaku kesilapan dalam proses tatacara pindaan Perlembagaan parti itu dan pendaftaran keahlian seperti didakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Kelang,  Datuk Abdul Rashid Asari.

Menurut Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)  mengesahkan, menerusi sepucuk surat bertarikh 19 Jun lalu, proses dan tatacara permohonan pindaan Perlembagaan dikemukakan parti itu dilaksanakan dengan teratur mengikut lunas Perlembagaan parti.

“Sebagai makluman kepada semua pihak, khususnya ahli parti, adalah sekali lagi ditegaskan bahawa proses serta tatacara pindaan Perlembagaan Bersatu ini dibuat dengan penuh ketelitian mengikut segenap lunas Perlembagaan.

“Tuduhan kononnya berlaku kesilapan dalam proses serta tatacara pindaan Perlembagaan dan pendaftaran keahlian yang dilemparkan tidak benar,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Bersatu turut mengalu-alukan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak injuksi sementara dikemukakan bekas ADUN Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim semalam. 

Keputusan itu disusuli dengan penetapan tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Nenggiri oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 17 Ogos depan. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN