SHAH ALAM: Kenaikan cukai pintu yang dialami penduduk di kawasan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) masih belum dimuktamadkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). Ketika ini, pihak berkuasa tempatan (PBT) itu dalam proses penilaian bantahan sebanyak 22,352 yang diterima selepas tarikh tutup pada pertengahan bulan lalu sebelum memanggil mereka terlibat dalam sesi pendengaran akan datang. Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan, Datuk Ng Suee Lim berkata, kesemua penduduk yang mengemukakan bantahan…










