Keluarga belum sedia beri komen kehilangan Prebet Syafiq

Keluarga belum sedia beri komen kehilangan Prebet Syafiq

Keadaan rumah keluarga Prebet Muhammad Syafiq Hilmi Abdul Halim di Pekan Kuala Pegang, Baling, Kedah semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING: “Maaf, saya tidak dapat berikan apa-apa kenyataan tentang kehilangan anak buat masa ini dan saya serahkan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta pihak berkuasa untuk mencarinya”.

Demikian kata Abdul Halim Abdul Kadir, 51, bapa kepada Prebet Muhammad Syafiq Hilmi Abdul Halim yang hilang ketika bertugas dalam Op Ukur di Limbang, Sarawak.

Katanya, mereka sekeluarga mengetahui berita kehilangan Muhammad Syafiq Hilmi selepas dimaklumkan oleh pihak ATM dan berharap semua pihak dapat memahami keadaan semasa dihadapi keluarganya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita serahkan perkara ini kepada pihak yang bertanggungjawab untuk mengurusnya kerana anak saya hilang ketika bertugas,” katanya yang tinggal di Kuala Pegang, di sini.

Bagaimanapun, Abdul Halim masih mengharapkan berita positif mengenai anaknya itu dan berharap anaknya ditemui dalam keadaan selamat.

Terdahulu, anggota Tentera Darat daripada Batalion Ke-7 Rejimen Sempadan (RS) yang berpangkalan di Kem Kidurong, Bintulu dilaporkan hilang ketika sedang bertugas di Limbang bersama Jabatan Ukur dan Pemetaan (Jupem) Sarawak.

Sel Perhubung Raya Tentera Darat berkata, ketiadaan anggota itu dikesan Selasa lalu kira-kira pukul 12 tengah hari, ketika ketua kumpulan mendapati dia tiada di posisi belakang.

“Kejadian berlaku pada kedudukan di jarak 2 kilometer di atas permatang sempadan Malaysia-Brunei dari tanda sempadan E500 menghala ke arah E600,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN