KANGAR: Keadaan kesihatan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Wan Badariah Wan Saad semakin baik selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini pada 14 Mei lalu. Beliau yang kini ditempatkan di wad biasa akan berehat buat sementara waktu daripada menjalankan tugas seterusnya memberi laluan kepada proses pemulihan kesihatannya. Pada masa ini, tugas beliau akan dipangku oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan negeri, Megat…