IPOH: Polis menahan pasangan suami isteri bagi membantu siasatan kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun disyaki didera, semalam. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, maklumat kejadian itu dilaporkan pegawai perubatan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada 9.45 pagi selepas seorang kanak-kanak perempuan dihantar ke wad kecemasan dalam keadaan tidak sedarkan diri. Katanya, bantuan pernafasan (CPR) segera diberikan kepada mangsa sebelum kanak-kanak itu disahkan…









