Kalau bukan kerana kecederaan, mungkin sekarang saya bergelar atlet bola keranjang kebangsaan - Pushpa Narayan - Utusan Malaysia

Kalau bukan kerana kecederaan, mungkin sekarang saya bergelar atlet bola keranjang kebangsaan – Pushpa Narayan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Pushpa Narayan, memaklumkan sebelum menjadi pelakon dia pernah bercita-cita mewakili negara dalam sukan bola keranjang.

Justeru, anak kelahiran Jerantut, Pahang itu cukup terkesan dengan lakonan Thanuja Ananthan sebagai atlet sukan itu menerusi filem Padu.

“Mungkin sekarang saya tak jadi pelakon agaknya sebab impian utama saya adalah untuk menjadi atlet bola keranjang negara,” jelasnya selepas tayangan filem ‘Padu’ di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Kata Pushpa impian itu bagaimanapun tidak kesampaian apabila dia digugurkan daripada skuad kebangsaan akibat kecederaan pada kedua-dua belah kakinya.

“Selepas saya tamat persekolahan di tingkatan empat, saya ditawarkan untuk bermain di peringkat sekolah.

“Namun, selepas itu saya terpilih untuk mewakili negeri Pahang untuk SUKMA.

“Namun saya terpaksa digugurkan kerana cedera sewaktu latihan sehingga terpaksa dirawat di hospital,” jelasnya.

Pushpa dalam filem berkenaan membawa watak ibu kepada Kalaimathi, watak yang dilakonkan Thanuja.

“Lakonan Thanuja memberi kesan kepada saya. Saya pernah mengalami apa yang dihadapi Kalai gara-gara bapa saya tidak izinkam saya menjadi pemain bola keranjang,” jelasnya lagi.

Pushpa bagaimanapun tidak menyalahkan takdir malah menganggap ia sebagai petunjuk Tuhan kepada rezeki yang lebih baik.

“Mungkin ada sebab kenapa Tuhan jadikan saya macam ini. Kalau saya dah berusia, sememangnya saya tidak boleh bersukan dan perkara ini sedikit sebanyak mendatangkan kerugian kepada diri saya sendiri,” jelasnya.

Padu yang diarahkan Faizal Ishak turut dibintangi Fify Azmi, Jojo Goh, Lim Mei Fen dan ramai lagi.

Filem yang diinspirasikan daripada kisah benar itu bakal ditayangkan 6 Jun ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN