Ibu Zayn Rayyan dibawa ke Blok R Apartment Idaman, dipercayai lakonan semula

Ibu Zayn Rayyan dibawa ke Blok R Apartment Idaman, dipercayai lakonan semula

LOKASI rumah diduduki keluarga Zayn Rayyan Abdul Mateen
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, dibawa ke kediaman mereka di Blok R Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, dipercayai bagi melakonkan semula kejadian.

Difahamkan, suspek dibawa semula ke kediaman dan lokasi kanak-kanak berkenaan ditemukan iaitu saliran sungai yang terletak kira-kira 200 meter dari blok kediaman bagi melakonkan semula kejadian terbabit.

Anggota polis turut dilihat membawa patung kanak-kanak namun tidak dapat dipastikan tujuan tersebut. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Jumaat lalu, polis menyambung reman ibu bapa kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membolehkan siasatan lanjut diteruskan terhadap kedua-dua mereka.

Pasangan terbabit direman enam hari sehingga 13 Jun ini.

Kedua-dua pasangan berusia 28 tahun itu direman bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas mereka ditahan di sekitar Puncak Alam, 31 Mei lalu.

Pada 6 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan ditemukan meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai, kira-kira 10 malam.

Mayat mangsa ditemukan oleh kumpulan penduduk, kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini