Ibu, bapa Zayn Rayyan mahu kes selesai segera - Peguam

Ibu, bapa Zayn Rayyan mahu kes selesai segera – Peguam

PASANGAN Ibu bapa kanak-kanak autisme Zayn Rayyan disambung reman anam hari lagi di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini. - UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ibu bapa kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, mengharapkan kes tersebut dapat diselesaikan segera.

Peguam Ilyani Khuszairi yang mewakili pasangan itu berkata, semua layanan polis terhadap kedua-dua anak guamnya sepanjang siasatan adalah baik.

“Apa yang mereka harapkan adalah agar kes ini dapat diselesaikan secepatnya selain siasatan dapat dijalankan secara telus dan adil agar keadilan terhadap arwah anak mereka dapat dicapai,” katanya selepas prosiding permohonan lanjutan reman di sini, hari ini.

Menurut Ilyani, anak guamnya turut berada dalam keadaan tertekan selepas ditahan dan direman bagi membantu siasatan.

“Dapat tengok muka dia, (Zaim) menangis ketika bertanya soalan dan sering mengatakan bahawa pembunuh sebenarnya ada di luar,” katanya.

Terdahulu, Mahkamah Majistret di sini membenarkan tahanan reman terhadap pasangan itu disambung selama enam hari lagi.

Perkara itu dimaklumkan peguam Fahmi Abd. Moin, yang mewakili pasangan itu ketika ditemui selepas prosiding di sini, hari ini.

Menurutnya, perintah reman baharu tersebut dikeluarkan Majistret Ainaa Muhamad Kamal dan akan tamat pada 12 Jun ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×