Hutang sebelum ibadah haji
Soalan
Jika saya ingin menunaikan haji pada masa akan datang, benarkah saya perlu melunaskan semua hutang terlebih dahulu? Adakah bermaksud saya perlu bebas hutang baharulah layak mengerjakan haji atau hanya hutang tertentu sahaja?
Syed Ahmad
Kuchai
JAWAPAN
Untuk menunaikan haji sekiranya terdapat hutang maka dilihat adakah hutang itu wajib dibayar segera atau hutang bertempoh. Sekiranya hutangnya wajib dibayar segera maka dia wajib meminta izin daripada pemuitang sekiranya dia ingin menunaikan haji.
Sekiranya pemiutang kata dia boleh pergi, maka boleh pergi. Kalau dia tidak mengizinkan maka dia tidak boleh pergi. Namun sekiranya hutang itu bertempoh maka dia boleh pergi tanpa izin dan seelok-eloknya tinggal wasiat membayar hutang sekiranya berlaku apa-apa kejadian di sana
Amalan dan sunnah nabi
Soalan
Salam ustaz
Kita disyariatkan supaya mengikut sunnah dan amalan Nabi dalam kehidupan seharian. Adakah semua amalan harian nabi itu adalah sunnah yang wajib kita ikut? Mohon penjelasan isu ini.
Saya keliru ustaz
Ismail
Seremban
JAWAPAN
Sunnah mempunyai tingkatan, ada yang wajib ada yang sunat dan ada yang harus, maka hukum wajib atau tidak wajib mengikut kepada pembahagian tersebut.
Bidaah dalam Islam
Soalan
Apakah yang dimaksudkan bidaah dalam Islam?
Adakah semua bidaah ini diharamkan atau ada yang hukumnya harus?
Zuraidah
Seberang Prai
JAWAPAN
Bidaah ini adalah yang berkaitan dengan ibadat dan tidak berkaitan dengan perkara duniawi. Sesuatu amalan ibadah yang tidak ada asas dalam syarak maka ia dianggap bidaah.
Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada [email protected] UTUSAN










