KUALA TERENGGANU: Speaker Dewan Rakyat perlu mengisytiharkan enam kerusi Ahli Parlimen sebagai kosong kerana keahlian mereka daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah gugur secara automatik. Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris berkata, notis kekosongan kerusi enam Parlimen itu akan dihantar Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Hamzah Zainuddin kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dalam tempoh terdekat. Menurutnya, notis kekosongan kerusi kepada Johari akan dihantar selepas enam ahli…