“Masa awal-awal mengajar saya panggil mereka cikgu sebab sudah terbiasa sejak zaman sekolah tetapi lama-kelamaan panggilan itu bertukar kepada ‘ kakak’ sebab lebih mesra ditambah pula kami kini rakan sejawatan.” Demikian kata guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) LKTP Tersang, Hashimah Amir Amjah, 36, ketika berkongsi kisah beliau yang bergelar pendidik di kampung halaman sendiri. Menurutnya, lebih manis lagi ketika mula bertugas di SMK Tersang pada tahun 2015 masih terdapat…