Dua rakan karib maut, motosikal dinaiki terbabas

Dua rakan karib maut, motosikal dinaiki terbabas

MOHD. Faris Mohd. Zulkifli (kanan) dan Muhamad Darwish Ezariff Mohd. Khairul Azuan maut selepas motosikal dinaiki terbabas di Kilometer 4, Jalan Kampung Gaung-Kuala Pueh Empangan Jenagur dekat Kampung Pauh, Hulu Terengganu, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Dua rakan karib maut selepas motosikal dinaiki mereka terbabas di Kilometer 4, Jalan Kampung Gaung-Kuala Pueh Empangan Jenagur dekat Kampung Pauh, di sini, semalam.

Dalam kejadian  pukul 4.50 petang itu, Mohd. Faris Mohd. Zulkifli, 16, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala penunggang motosikal, Muhamad Darwish Ezariff Mohd. Khairul Azuan,16, di Hospital Hulu Terengganu (HHT).

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintenden  Zainul Mujahidin Mat Yudin berkata, kejadian berlaku ketika dua remaja berkenaan dalam perjalanan dari rumah mereka di Kampung Lerek ke Kuala Berang untuk membeli barang di kedai.

“Ketika sampai di tempat kejadian, motosikal Yamaha NVX dinaiki kedua-dua mangsa yang merupakan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jenagur di sini dipercayai terbabas.

“Akibat daripada itu, mereka alami cedera parah di kepala serta anggota badan. Seorang disahkan pasukan perubatan meninggal di lokasi kejadian, seorang lagi di HHT.

“Mayat mangsa dibawa ke hospital sama untuk tindakan selanjutnya. Kes disiasat mengikut Seksyen  41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Tambah beliau, pihaknya juga turut menyiasat kemungkinan motosikal dinaiki mangsa mengelak dari sebuah kenderaan lain sehingga terbabas.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN