KOTA BHARU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menahan dua pemandu bas selepas dikesan mengambil dadah jenis ganja dan methamphetamine masing-masing di Perlis dan Negeri Sembilan menerusi Op Khas Hari Raya Aidiladha 2024 yang bermula Khamis lalu. Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ Malaysia, Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, kedua-dua pemandu berusia 42 tahun dan 61 tahun itu ditahan ketika berada di terminal bas ekspres masing-masing sebelum bertolak ke Kuala Lumpur. Katanya, susulan…