KLANG: Dua kanak-kanak antara lima individu yang nyaris maut apabila dua kereta dinaiki mereka dihempap pokok tumbang di Jalan Kapar Batu 6 di sini, hari ini. Kejadian kira-kira pukul 3 petang yang turut melibatkan dua lelaki dan seorang wanita berusia 30 hingga 40-an itu tidak melibatkan kemalangan jiwa. Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, sepasukan enam pegawai dan anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat…










